Sunday, 28 July 2013

kolej matrikulasi perlis

sudah 2 bulan berada di sini , moh leh kami cerita kan serba sedikit suasana nye . al maklum kami ni orang yang baru nak berdikari 
hari pertama sudah membuat kan aku rase semua darah-darah dalam badan aku termasuklah dengan jantung macam nak terkeluar . seriously , ini adalah kali pertama aku menjejaki tempat yang bakal aku duduk tanpa ada family yang aku kenal . ni adalah fasa permulaan kehidupan aku . masih banyak yang perlu ditempuhi  . seminggu orientasi , em agak bosan tetapi yang paling menyeronokkan bila ade fire drill di malam buta dilengkapi dengan bunga api klcc , sangat cun okay . sudah terasa kehangatan untuk memulakan kehidupan di kmp
dan minggu kedua baru berjinak-jinak dengan "roomates" yang tersangat gila .  dalam 1 bilik  ade 6 orang , tapi dipecah kan menjadi 3 , yang membezakan bilik kami ade lah A dan B dan yang memisahkan katil kami adelah tempat study . hakikatnye tempat study lah tempat persinggahan kami yang membuatkan kami rapat . alhamdulillah mereka sangat lah baik . biasalah terasa hati semua tu . manusia tak senpurna . dan bila bercampur dengan pelbagai negeri tu yang seronok .
kami mempunyai persamaan iaitu , cuci mata hahaaha . sekadar mengisi masa lapang , tak salahkan ? classmate dekat sini boleh tahan giila juga . tapi "classmates" yang dulu tetap di hati *eceh . ouh yaa hairan sangat dengan lelaki dekat sini . mereka seolah-olah mencari perempuan seperti makanan ringan . try hari ni , esok beli lagi dalam kata lain kenal perempuan yang baru hampir every day . bagi typical girl like us yang lelaki tak berapa nak usha ni boleh geleng kepala sahaja . nak buat macam mana boleh tengok je la . wahai perempuan " dont be like a cheap girl , easy to know guy and accept them " jual la mahal sikit , sebagai kawan itu boleh tetapi bila sudah lebih memang tempah maut .. tapi ape yang boleh aku cakap hampir semua laki dekat sini mempunyai motif yang sama iaitu , tukar perempuan tiap minggu -__- berubah lah wahai kaum adam . 
p/s : tapi kenapa tak de sorang pon laki yang nak kawan dengan aku * kay gurau :P . ouh ya terima kasih abang bie sebab bayarkan berukband hee

♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI , LAIN KALI BACA LAGI ♥

No comments:

Post a Comment