Wednesday, 7 December 2011

all about guys XD

ASSALAMUALAIKUM :)


akuu kan kan kann ,
sengihhh je bile bace article pasal nazmi nieyhhh

nie keratan dia 
"Dalam pada masyarakat rancak mempersoalkan gosip berkenaan, Nazmi turut dikatakan sudah mempunyai pasangan kekasih bernama Nadia Ismael. Ternyata, Nazmi tambah terkejut apabila mendengar nama itu dan terus menegaskan bahawa dirinya masih lagi tidak mempunyai teman istimewa.
“Saya masih lagi muda. Baru saja berusia 17 tahun. Perjalanan saya masih jauh. Saya masih belum ada kekasih lagi. Saya masih lagi solo. Nadia Ismael itu adalah kawan kepada adik saya. Dia memang sangat rapat dengan adik saya. Saya hairan kenapa dia dikatakan kekasih saya.
“Saya cuma anggap Nadia seperti kawan saya saja. Tidak lebih dari itu. Kalau boleh saya mahukan gosip seperti ini dihentikan kerana saya mahu memberikan fokus kepada karier bola sepak saya. Apapun, saya bersyukur setakat ini gosip ini tidak mendatangkan kesusahan dan gangguan dalam hidup saya.
“Sekali lagi, saya mahu menegaskan bahawa setakat ini, saya bukanlah pemain bola sepak yang dikatakan digilai selebriti tempatan. Tiada seorang artis pun cuba datang mendekati saya apatah lagi Neelofa,” jelasnya.
Sementara itu, jejaka yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu turut mengakui banyak perubahan berlaku sebaik saja dia pulang dari Sukan Sea 2011 di Indonesia. Pun begitu, dia memberitahu populariti bukanlah suatu perkara yang diidamkannya selama ini.
“Apa yang berlaku sekarang adalah rezeki saya. Saya tidak pandang pada populariti tetapi lebih mengambil berat terhadap karier saya pada masa akan datang. Saya mahu menambahkan fokus saya. Memang benar, hidup saya sudah mula berubah dan ke mana saja saya pergi pasti ada saja peminat bola sepak yang menegur dan mahu bergambar bersama saya.
“Namun, saya tidak menolaknya dan melayan dengan sebaiknya kerana saya tahu tanpa sokongan mereka, saya dan rakan sepasukan tidak akan sampai ke tahap ini. Saya berterima kasih kerana melabelkan saya sebagai seorang hero Malaya.
“Bagi saya, panggilan ini bukan untuk saya seorang saja. Ia lebih sesuai ditujukan kepada seluruh pasukan saya yang sama-sama berjuang di medan pertempuran. Tiada seorang pun yang terkecuali,” ujarnya.
Fakta yang anda perlu tahu tentang Nazmi Faiz
1. Sanggup meninggalkan akademik dengan tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana merasakan dirinya lebih menyerlah dalam bidang sukan bola sepak.
2. Akademik masih lagi menjadi tunjang utama dan menganggap ia satu perkara yang boleh dilaksanakan tidak kiralah jika seorang itu sudah meningkat usia.
3. Masih belum ketahui tarikh untuk menduduki SPM kerana segalanya sedang diuruskan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Sejak berusia 6 tahun lagi, Nazmi sudah mula bermain bola sepak dengan memaksa ayahnya untuk bermain bersama.
5. Mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan seorang adik.
6. Seluruh keluarganya meminati bola sepak namun dirinya saja yang mempunyai bakat besar dalam bidang ini.

p/s : masih lagii solo haha ade chance la ni kan haha joke2


pagii tadii orang tuh message , pukul 1 lebih 
memang aku tak reply la kan ,, tido aku lagii penting dari segala-galanya ewah~
hahaha , nak jadikan cerita aku reply lepas solat subuh
then orang tu pon reply , message jap , mate aku pon agak kuyu ye ,
7 lebih aku pon tetido , 
sekali fon aku vibrate nye la panjang ~

ape lagi si cik  Q call aku ,
kacau la aku nak mimpi ==

tapi kan orang yang message aku tu mestii akan tanye pasal tetttttt ,
aku dah agak da mesti dia akan tanye ,
tapi buat mase ni aku nak elakkan la nak bagi jawapan pasal tett kat orang yang message aku tu

lelaki lelakii kenape la korang ni pelik sangat , =,=



♥ TERIMA KASIH DAUN KELADI , LAIN KALI BACA LAGI ♥

No comments:

Post a Comment